i pocket

JKM PMM i-pocket
Powered by Conduit Mobile

ad by nuffnang

Wednesday, August 6, 2008

JENIS - JENIS LITAR ELEKTRIK

Litar elektrik merupakan suatu susunan pengalir atau kabel untuk membawa arus dari punca bekalan voltan ke komponen-komponen elektrik (beban). Ianya terbahagi kepada dua iaitu:

1.3.1 Litar Lengkap
Ia juga dikenali sebagai litar asas atau litar mudah (Rajah 1.1). Ia merupakan suatu penyambungan tertutup yang membolehkan arus mengalir dengan sempurna iaitu arus mengalir dari bekalan dan balik semula ke bekalan tersebut. Litar-litar tersebut mestilah terdiri daripada voltan bekalan (V), arus elektrik (I) dan rintangan (R).

1.3.2 Litar Tidak Lengkap
Litar tidak lengkap ialah litar yang mengalami kekurangan salah satu daripada tiga perkara tersebut iaitu samada voltan bekalan atau rintangan beban. Pengaliran arus tidak akan berlaku dengan sempurna pada litar tidak lengkap. Litar tidak lengkap terbahagi kepada dua ;

1.3.2.1 Litar buka - litar dimana punca beban dalam litar tersebut dibuka. Oleh itu tiada pengaliran arus berlaku. Nilai rintangan dalam litar adalah terlalu tinggi. Rajah 1.2 menunjukkan satu contoh litar buka.

1.3.2.2 Litar pintas - sambungan pada punca bebannya dipintaskan dengan menggunakan satu pengalir yang tiada nilai rintangan. Ia ditunjukkan seperti Rajah 1.3 Arus yang mengalir adalah terlalu besar. Biasanya jika berlaku litar pintas, fius akan terbakar.

sam

Renungan: MASA TIDAK MENUNGGU SESIAPA

UMUR.......25
KENAPA HENDAK HIRAUKAN SIMPANAN?
Saya masih muda, saya tidak ada tanggungjawab keluarga, tiada masalah peribadi, saya ingin menikmati kehidupan sepuas - puasnya.
Mungkin bila saya sudah berkahwin.......

UMUR........ 30
DENGAN APA HENDAK MENYIMPAN?
Saya sudah berkeluarga, saya perlu menyara keluarga saya. Saya tidak mampu menyara kehidupan saya.
Mungkin ketika situasi bertambah baik........

UMUR.......45
BAGAIMANA HENDAK MENYIMPAN?
Anak saya berada di Kolej. Saya terpaksa menggadaikan rumah saya untuk membiayai yuran pengajiannya. Kini saya menghadapi masalah membayar balik pinjaman bank.
Mungkin ketika anak saya sudah tamat penggajiannya.............

UMUR........60
ALANGKAH BAIKNYA JIKA SAYA TELAH MENYIMPAN.
Umur saya semakin meningkat dan keadaan kesihatan bertambah uzur. Saya sekarang bergantung kepada simpanan persaraan yang tidak mencukupi. Bagaimana saya akan menyara kehidupan saya jika kehabisan simpanan tersebut..
Kalaulah dapat saya kembalikan kehidupan saya yang lalu......

MASA TIDAK AKAN BERULANG LAGI
SIMPANLAH SEKARANG DAN LINDUNGILAH DIRI DAN KELUARGA ANDA