i pocket

JKM PMM i-pocket
Powered by Conduit Mobile

ad by nuffnang

Tuesday, June 10, 2008

UNIT 1 - PENGENALAN, KUANTITI ASAS DAN RINTANGAN

1.0 PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK

Elektrik adalah merupakan satu tenaga yang tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai dan digunakan oleh manusia pada hari ini dan akan datang. Tenaga elektrik dapat dihasilkan kesan daripada tindakan:-
a) Geseran
b) Haba
c) Aruhan elektromagnet

Tindakan daripada tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada beberapa punca tenaga yang
lain yang boleh digunakan seperti:
a) Tenaga cahaya - seperti lampu
b) Tenaga haba - seperti seterika
c) Tenaga bunyi - seperti radio
d) Tenaga gerakan - seperti motor

Elektrik terdiri daripada dua (2) jenis iaitu elektrik statik dan elektrik dinamik.
a) Elektrik Statik – Keadaan di mana tiada pergerakan elektron dalam arah tertentu.
b) Elektrik Dinamik – Keadaan di mana terdapat pergerakan elektron dalam arah
tertentu.


1.1 KUANTITI ASAS ELEKTRIK

1.1.1 Daya Gerak Elektrik (d.g.e)
Daya atau tekanan elektrik yang menyebabkan cas elektrik mengalir. Contoh sumber yang menghasilkan tenaga elektrik adalah bateri dan janakuasa.
Simbol : E
Unit : Volt(V)

1.1.2 Cas Elektrik
Terdiri daripada cas positif dan cas negatif. Kuantiti cas ini dinamakan Coulomb.
Simbol : Q
Unit : Coulomb(C)

1.1.3 Arus
Pergerakan cas elektrik yang disebabkan oleh pergerakan elektron bebas. Ia mengalir dari terminal positif ke terminal negatif.
Simbol : I
Unit : Ampiar (A)


1.1.4 Bezaupaya (voltan)
Perbezaan keupayaan di antara dua titik dalam litar elektrik.
Simbol : V
Unit : Volt(V)

1.1.5 Rintangan
Merupakan penentangan terhadap pengaliran arus.
Simbol : R
Unit : Ohm

1.1.6 Pengalir
Bahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya kerana ia mempunyai bilangan elektron bebas yang banyak. Contohnya besi dan kuprum.

1.1.7 Penebat
Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Ia mempunyai banyak elektron valensi tetapi sukar dibebaskan. Contohnya getah, kaca, minyak dan oksigen.

1.1.8 Separa Pengalir (semikonduktor)
Bahan yang mempunyai ciri-ciri elektrikal di antara penebat dan pengalir. Ia mempunyai empat(4) elektron valensi dan digunakan untuk membuat komponen elektronik. Contohnya silikon ,germanium dan karbon.

1.1.9 Kerintangan
Merupakan sifat bahan pengalir di mana ianya melawan atau mengurangkan aliran arus elektrik untuk melaluinya,
Simbol : (Rho) dan unitnya : Ohm meter


1.2 RINTANGAN
Merupakan satu keadaaan yang menghalang pergerakan arus melaluinya. Terdapat empat (4) faktor yang mempengaruhi nilai rintangan iaitu ;

1.2.1 Panjang pengalir,
Nilai rintangan dawai akan bertambah tinggi jika dawai tersebut bertambah panjang. Ia berkadar terus dengan panjang dawai tersebut,

1.2.2 Luas Permukaan , A
Rintangan berkadar songsang dengan luas muka keratan rentas dawai.


1.2.3 Kerintangan
Kerintangan adalah berkadar langsung dengan nilai rintangan.

1.2.4 Suhu Pengalir, T
Suhu pengalir juga mempengaruhi nilai rintangan. Semakin tinggi suhu pengalir semakin tinggi nilai rintangan.

2 comments:

paan said...

assalamualaikom abg..
saya ni budak sastera..
saya dapat blajar kat poly dapat jurusan elektronik komputer..
jadi saya tak paham satu apa pon pasal elektrik..
boleh x abg kuarkan lagik pasal2 Semikonduktur..
sbb bab tu saya kena bljar dalam subjek teknologi elektrik..

usaha naza enterprise said...

Assalamualikum,minta kebenaran copy note..

sam

Renungan: MASA TIDAK MENUNGGU SESIAPA

UMUR.......25
KENAPA HENDAK HIRAUKAN SIMPANAN?
Saya masih muda, saya tidak ada tanggungjawab keluarga, tiada masalah peribadi, saya ingin menikmati kehidupan sepuas - puasnya.
Mungkin bila saya sudah berkahwin.......

UMUR........ 30
DENGAN APA HENDAK MENYIMPAN?
Saya sudah berkeluarga, saya perlu menyara keluarga saya. Saya tidak mampu menyara kehidupan saya.
Mungkin ketika situasi bertambah baik........

UMUR.......45
BAGAIMANA HENDAK MENYIMPAN?
Anak saya berada di Kolej. Saya terpaksa menggadaikan rumah saya untuk membiayai yuran pengajiannya. Kini saya menghadapi masalah membayar balik pinjaman bank.
Mungkin ketika anak saya sudah tamat penggajiannya.............

UMUR........60
ALANGKAH BAIKNYA JIKA SAYA TELAH MENYIMPAN.
Umur saya semakin meningkat dan keadaan kesihatan bertambah uzur. Saya sekarang bergantung kepada simpanan persaraan yang tidak mencukupi. Bagaimana saya akan menyara kehidupan saya jika kehabisan simpanan tersebut..
Kalaulah dapat saya kembalikan kehidupan saya yang lalu......

MASA TIDAK AKAN BERULANG LAGI
SIMPANLAH SEKARANG DAN LINDUNGILAH DIRI DAN KELUARGA ANDA